Friday, November 13, 2009

Siti Sarah


BENCI SARAH!

MELUATNYA DENGAN SARAH!

MASUK NERAKA LA SARAH TU.

SARAH KEJAM!


Ni la antara comment2 para peminat setia cerita Nur Kasih yang dihamburkan kepada salah sorang watak dalam cerita ini dan tak lain tak bukan ialah Siti Sarah.

Bagi aku si Sarah @ Ummi Nazeera ni memang berjaya dalam membawakan wataknya. Tengok la betapa hebatnya lakonan dia sehinggakan ramai peminat drama ini bencikan dia. I salute u Sarah...hehe.

Episod minggu ni memang menarik dan ini membuatkan aku dan peminat setia drama ini tak sabar untuk menonton episod akan datang. Walaupun ramai yang dah tahu ending cerita ni (sinopsis kat internet) tapi aku rasa pasti ade sedikit twist dalam episod akan datang. Yela, mesti dorang (produksi drama ni) frust dapat tahu sinopsis cerita ni dah bocor dan sebab tu mereka kena la ubah sedikit jalan cerita ini.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat saja. Kalau tak silap aku Nur Kasih akan melabuhkan tirainya pada episod yang ke-26. Sekarang dah episod 24 so maknanya tinggal lagi 2 episod je lagi.

p/s: aku suka Nur Amina..hehe



Aku tak suka..tak suka!


AKU SAKIT!!

Bila makan aku rasa sakit. Bila minum aku rasa sakit. Bila gosok gigi pun aku rasa sakit. Aku rasa korang sume mesti pernah mengalami gejala yang dialami aku ini.. Ianya adalah ULSER MULUT! (a.k.a mata ikan @ lompangan). Sakitnya bukan sahaja di bahagian mulut, malah sampai ke kepala otak pun aku rasa sakit!

Sakitnya memang la sangat tidak seronok. Korang bayangkan la antara aktiviti yang aku suka buat (makan & minum) ni semuanya membuatkan aku rasa sakit. Hanya Allah je la yang tahu. Argghhhhhhh...!!~

Aku tak nak mengeluh lama2 kerana aku tahu sakit di dunia ini adalah sebahagian dari dugaan hidup. Orang kata untuk bagi kita kesedaran dan menghapuskan dosa2 kecil kita di dunia ini.

Petang tadi dalam aku menahan kesakitan ulser ini (sambil2 blog walking), aku terjumpa satu petua untuk mengurangkan ulser. Ni petua yang aku dapat :

Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit ( macam masak meggie je ni ) bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.

Amaran : Petua ini tidak berkesan sekiranya anda menelan asam keping tersebut seperti anda menelan pil penahan sakit!

p/s: Aku pun belum cuba lagi petua ni. Nampak macam extreme..hehe.

Thursday, November 12, 2009

AKU KAU, KAU AKU


AKU BOSAN
BOSANNYA AKU!
KAU?

AKU MALAS
MALASNYA AKU!
KAU?

AKU SUNYI
SUNYINYA AKU!
KAU?

TIAP-TIAP HARI HUJAN
HUJAN TIAP-TIAP HARI
KAU?

MAKAN TIDUR GAME
GAME TIDUR MAKAN
KAU?

TIDUR LEWAT BANGUN LEWAT
BANGUN LEWAT TIDUR LEWAT
KAU?

ONLINE ONLINE ONLINE
ONLINE ONLINE ONLINE
KAU?

AKU PERLUKAN PERUBAHAN
PERUBAHAN PERLU AKU LAKUKAN!
KAU?

IDEA? CADANGAN? PENDAPAT?
PENDAPAT?CADANGAN?IDEA?
KAU?

BANTU AKU
AKU BANTU
KAU?






Tiada arah tuju


Hello semua. Lame dah aku x update blog aku. Dulu masa mula2 buat blog, aku agk bsemangat nk update post. Lately, aku agk jarang update..mayb sbb xde bnde yang nk dkongsikn bsame. Lgpn aku dgn kwn2 agk busy sem ni.

Kalo korang prasan yang layout blog aku dah berubah. Bukan ape, aku dah boring tgk layout same je.haha.. Ni pn belum finalise lg..still tgh mencari2 layout yg lg best. Tp yang ni pn dh ok aku rase. Layan je la..

Nak cari n usha layout blog ni bkn senang. Lame gile amik mase nk usha satu persatu. Bole kebas punggung..in fact mmg kebas dh pn. Gile la..hahaha. Kalo korang nk taw, ni la salah satu aktiviti org yang dah xde keje berfaedah nk bwat..hehe.

Selain blogging, aku selalunye ber-facebook la, myspace , friendster ( lame dah x update). Lagi satu kje aku main game. Latest game aku layan adalah Pro Evolution Soccer 2010 (PES2010) dan FIFA 2010. Sume aktiviti ni la yang aku buat selama aku dah habis exam ni. Kalo org laen mayb dapat keluar dating or bfoya2 dgn awek, tp aku dating n bfoya2 dgn kawan2 je la. Naseb badan la kn sape suh x cari awek..haha.

Lupe plak nak cakap..pertandingan panda vs beruang tu dh berakhir. Mcm korang lihat, beruang menang dan panda kalah. Majoriti besa plak tu.haha siot je. Ramai gak kwn2 aku berpaling tadah.. igtkn nk vote aku, alih2 vote farah. Pantang tgk yang cute mst lupe kwn. hahaha.

Apa2 pun trime kasih kt sume yang sudi lawat blog aku n vote @ comment. Tanpa korang aku ngn farah xdpt undi la. Vote utk diri sndiri je la kami ni.hehe. Korang sume mmg terbaekkkk!

p/s : jum layan movie lak..x saba nk tgk 2012, The Twilight Saga: New Moon...........






Wednesday, November 11, 2009

Keputusan 'Pilihan Raya Zon Beruang'

Kwn2..keputusan untuk 'Pilihan Raya Zon Beruang' akan diumumkan sekarang. Kiraan undi telah pn dibuat dan calon2 plihanraya kali ini iaitu Panda dan Beruang juga bpuas hati dgn keputusan tersebut.


BERUANG: 41 UNDI


PANDA: 25 undi


Dengan ini diisytiharkan bahawa Farah Aqilah Zainudin telah menewaskan Abdul Wafiy Ab Halim dengan majoriti sebanyak 16 undi.

Tahniah diucapkan kepada Beruang. Kepada Panda, anda telah berusaha sebaik mungkin. Menang kalah adat permainan. hehe


p/s : mati la aku...-_- hahaha

Sunday, November 8, 2009

Aku yang bosan



Hello semua! aku rasa lama gile aku dh x update blog aku ni.Sibuk memanjang.hahaha.. Final exam aku pn dh habis (6 nov aritu) dan aku skang tgh seronok melihat kwn2ku study utk next paper. gile best exam habis dah..haha.

Tapi exm tahun ini merupakan exam terakhir aku. Next semester aku dah start practical (30 nov ni) dan aku bakal bpisah dgn kwn2 aku semua ni. Arrgghh aku rasa sgt sedih nk bpisah dgn mereka nanti..kalau boleh nak je aku duk dgn dorang ni sampai bile2.( x matang langsung pemikiran..haha).

Apa2 pun aku tahu yang satu hari nanti kami semua akn bpisah juga..masing2 perlukan penghijrahan utk mencapai cita-cita kami. Selepas ini aku dah tak dpt lagi nk enjoy dgn korang sume..lepak same2, mkn minum same2, bsukan same2, kaco org same2, karoke same2, ponteng lecture same2, bising dlm lecture hall same2, stdy same2,n semuanya lah yg kita semua buat bsame2 x kira yg lelaki mahupun perempuan. I'm gonna damn miss u guys..


Aku just nk wish korang sume ( yang amek exam) good luck utk exam pagi esk (8 nov). All d best friends! Aku rase cm nk je amek balek paper Strategic Management ni.hahaha ..( aku dapat B) siot je.

P/S : aku nk smbung layan perasaan rindu kt korang. ( hahaha aku dah x btol weh). kt bawah ni pic pas paper Risk Management. Paper last aku. Gila sejuk exam pagi tu..hujan plak tu.layaannn~




Saturday, October 3, 2009

Panda vs Beruang Perang













WAFIY SI PANDA


VS













FARAH SI BERUANG PERANG




kwn2 semua..antara kami berdua, siape lagi menarik? lagi comel? lagi kuat? lagi menawan?sila tinggalkan komen dan pendapat anda..

p/s : komen dan pandangan anda amat kami hargai.. ^_^

Cerita beruang dan panda


Panda merupakan sejenis mamalia yang dikelaskan dalam keluarga beruang. Haiwan yang berasal dari China ini mempunyai berat badan dari 100-150 kg dan merupakan seekor haiwan herbivor di mana ia hidup hampir sepenuhnya memakan buluh.Purata panda memakan buluh dalam satu hari adalah 9-14 kg buluh setiap hari.



Beruang perang merupakan antara yang terbesar di dalam keluarga beruang. Ianya mempunyai berat badan dari 100-680 kg dan mempunya ekor sepanjang 10-13 cm.Beruang perang merupakan haiwan omnivor dimana mereka memakan tumbuh-tumbuhan seperti buah beri, akar pokok,fungi, dan juga daging seperti ikan, serangga dan mamalia kecil.


Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan pergi, Syawal menanti.

Hari ini (16/09/09) aku akan meninggalkan bumi Perlis ini untuk pulang ke rumahku yang terletak di Kota Bharu. Perasaanku amatlah gembira kerana aku dapat bertemu dengan papa, mama dan juga adik-adikku setelah sekian lama tidak berjumpa mereka.

Kita seluruh umat islam bakal menyambul Syawal pada tahun ini dan meraikannya setelah kita semua berjaya mengharungi Ramadhan yang penuh dengan segala kenikmatan dan keberkatan untuk diperolehi.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam di dunia ini dan sama-samalah kita menghayati dan meraikannya dengan sempurna. Dalam kita bergembira meraikan Syawal pada tahun ini, janganlah kita mengabaikan rakan-rakan kita di luar sana yang yang mungkin tidak dapat menyambut syawal seperti orag lain akibat kesempitan hidup.

Aku juga ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang aku lakukan samada sengaja mahupun tidak sengaja kepada ibu bapaku, adik-adikku, rakan-rakanku, para pendidikku, dan sesiapa sahaja yang mengenali diriku ini dan berharap kita semua dapat meraikannya bersama-sama.

Kepada rakan-rakanku yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalanraya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri semua!!

p/s : x saba nk raye!! ^_^


Saturday, August 22, 2009

Ramadhan kembali lagi


Selamat menunaikan ibadah puasa.