Sunday, January 31, 2010

Malasnya nak kerja!!!

ARGHHHHH!! Esk dah Isnin...............

AKU MALAS NK PERGI KERJA!

p/s: Aku nak cuti..haha

Saturday, January 30, 2010

Hari Sabtuku

Apa yang aku buat.

-PAGI-

Bangun, cuci muka, solat.
Joging n main kt playground
Mandi
Online

-TENGAHARI-

Makan
Tgk cite hindustan>> Kabhi Kushi Kabhi Gham n Kuch Kuch Hota Hai
Tertido jap
Solat

-PETANG-
KARAOKE
Men card
Online

-MALAM INI-

kuar dinner
tgk wayang ( Amad n her gf, alep n... i dunno who else will join us)
...............
..............
.............


p/s : Kesimpulannya, hari Sabtuku membosankan. :/



Ada cinta dalam hati.

Macam mane kite nk tahu yang kite telah jatuh cinta dgn seseorang??

Sejak akhir2 ni, aku seperti hilang arah..setiap apa yang aku lakukan aku akn teringatkan dia. Masa makan, tidur, mandi, tgk tv,fb-ing, kuar lepak2, karok, buat pape je la mest aku teringatkan dia.

Aku suke dgn dia.. seorang yang cantik, bijak, kelakar, degil, gelabah...haha. I just like everything bout her!

Haish ape kene ntah pagi2 dah jiwang. hehe.

Lagi satu bile nk g keje, time tgh keje, balek keje pn aku mst tingat kt dia. >> jiwang lagi.( sambil2 'terlayan' lagi Liyana Jasmay- aku jatuh cinta) hAhaha..

Dah2..stop2!! merapu ape ntah hari ni. Tapi aku mmg suka DIA! :)

p/s: tadi time jogging pn tingatkn dia gak.hehe







Wednesday, January 27, 2010

layan!!~


Gee by Girls' Generation



comel gile lagu ni..slalu dgr time nk pegi keje o balek keje.haha..mmg layan!~

Saturday, January 2, 2010

Pergi 2009, datang 2010

Selamat Tahun Baru semua!!

Wahh cam tak pcaye yg kite semua dah melangkau ke tahun 2010. Biasanya, menjelang je thn baru, ramai org akn bercerita tentang azam kita d tahun baru ini.

Apa azam aku?

Aku sebenarnya takde plak set azam sempena thn 2010 ni. Jika sblm ini aku ada mmbuat list azam baru aku, namun tahun ni aku x berkesempatan utk mlakukannya. Xpe la, yang penting aku akn berusaha manjadi org yg berguna dan lebih berjaya dalam hidup aku.


So..Selamat Tahun Baru sekali lg. Harap 2010 menjadi lebih berjaya dari thn2 sblmnya.

Saturday, December 26, 2009

Ceriteraku di FAMA

Dah hampir sebulan aku menjalani latihan praktikal di Pejabat FAMA Negeri Perlis yang terletak di Bandar Kangar. Aku mula bekerja disini pada 30 November 2009..

Biasa la, hari pertama aku sangat bersemangat..bangun awal, mandi awal, solat awal, segala2nya awal. Dan paling penting bersiap dengan penuh gayanya. Kami keluar rumah dlm pukul 7.15 a.m (sangat awal..haha) dan kerja start pukul 8.am. Sesudah sampainya kami disana, tiada satu pun kelibat staff FAMA yang kelihatan. Wow..kami la org pertama yg sampai!! yeayyy~ Lihat la betapa bsemangatnye kami!


Kami yang sampai awal..staff lain pn tak sampai lagi.


Aku diletakkan (or lebih tepat dicampakkan) ke Unit Kewangan. Adehh..aku dh la tak pandai dalam bab2 akaun2 ni. Namun, aku diberitahu oleh penyelia aku iaitu En Syazwan yang bahagian kewangan majoritinya gadis @ perempuan @ wanita. Waahh..bahagianya aku! Mula2 aku mmg taknak di letakkan di unit kewangan, tapi bila dengar apa yang En Syazwan kata, aku redha..( sgt cliche..haha)

Saat aku menjejakkan kaki ke Unit Kewangan, aku sangat teruja untuk berjumpa dengan gadis2 @ wanita2 ini. Pabila pintu dibuka..aku terkedu. Semua bidadari yang aku mimpikan hilang..digantikan dengan wajah kakak n makcik2 kt Unit Kewangan ini. Oh tidakkk...:( Aku pandang kawan2ku dan En Syazwan, mereka tsenyum dengan penuh makna...adehh.


Menanti dengan penuh kesabaran :)

Sebulan berlalu,ternyata aku masih boleh survive. Aku pun hanya diberikan kerja2 yg biasa je. Photostat, tulis surat, filing, hantar cek, etc.. Sebenarnya aku enjoy diletakkan di unit kewangan. Kak Ziana, Kak Chaq, Kak Fisah, Kak Liza, Kak Linda n En Faisol banyak membantu. They were nice and very welcoming. In fact, dorang pun pelik sebab ni first time budak lelaki yang buat praktikal diletakkan di unit kewangan. Nampaknya ade konspirasi dari En Syazwan nk kenekan aku..haha.

Apa2 pun aku tak saba nak menghabiskan latihan praktikal aku ini..dan seterusnya menghabiskan research aku dgn jayanya. Wish me luck guys..

p/s: Aku xde idea lg ni psl research aku..mati la :(

Aku Kembali

Guys..I'm back!!!

Akhirnya, dapat gak aku kembali ke dunia internet setelah berehat hampir sebulan. Aku bukan sengaja menyepi, cume internet kt rumah sewa baru aku ni ada masalah. Masalah ape..aku malas nk cite. Yang pasti masalah tu membuatkan aku kena banyak bsabar.hehe

p/s : Naseb baek aku tak pegi bakar TM Point Kangar.haha

Monday, November 23, 2009

Perpisahan

Jam menunjukkan pukul 4.50 a.m. Di luar kedengaran bunyi-bunyian indah si cengkerik, si katak pula saling menyanyi sesama sendiri, dan hujan renyai2 menambahkan lagi kedinginan di pagi hari Isnin ini.

Tapi mata sepet aku ni masih terbuka luas. Bukan aku tak nak tidur awal, cuma ni la masalah aku yang susah nak tidur. Aku cuba untuk lelapkan mata, aku cuba pejamkan mata, aku cuba membaca ayat2 suci al-quran, aku cuba dengar lagu,...tapi hasil nya tetap sama.

Untuk pengetahuan korang, pagi ni dah la student marketing & human resource kena attend seminar dekat UUM..kalau tak pergi alamatnya tak praktikal la aku.

Macam2 yang bermain dalam kotak hati dan fikiranku ni..keluarga, praktikal, habis belajar, kawan2, cinta, dunia kiamat, banjir, kucing mengawan, tomyam... semuanya silih berganti.

Aku seperti hilang arah, hilang semangat, tiada daya.

Argghh! Aku bingung.....

Tapi aku yakin aku belum lagi gila ataupun sakit..semua ini adalah disebabkan aku terlalu fikirkan tentang 'perpisahan'.

Ya 'perpisahan'! Aku tidak suka akan 'perpisahan'. Ianya bersifat negatif..kejam, sedih, pilu dan perit.

'Perpisahan' membuatkan aku seperti hilang arah. 'Perpisahan' dengan rakan2, 'perpisahan' dengan zaman belajar, 'perpisahan' dengan zaman bersuka ria, 'perpisahan' dengan kenangan indah di bumi Perlis, 'perpisahan' sana..'perpisahan' sini.

Aku mengharapkan 'perpisahan' ini dapat digantikan dengan 'berkekalan'. Namun selama aku bernafas di atas bumi Allah ini aku belajar bahawa tiada apa yang akan kekal di dunia ini. 'Perpisahan' ini diperlukan untuk kita terus maju..untuk kita bergerak ke hadapan. InsyaAllah.

Dan aku redha...aku redha terhadap 'perpisahan'. Ianya salah satu ujian dalam hidup. Pasti ada hikmah disebalik setiap 'perpisahan' yang berlaku.




p/s: Praktikal start minggu depan (30 November) ^_^. FAMA..here I come!




Sunday, November 15, 2009

Aktiviti minggu ketiga bulan November

FINISHING SCHOOL PROGRAM
16/11/2009-20/11/2009

INTERVIEW SESSION WITH EMPLOYER
21/11/ 2009


p/s: weh semua yang nak practical datang dowh..makan pun free.hehe

Saturday, November 14, 2009

I'M ALWAYS AROUND