Wednesday, August 5, 2009

Hello



5 Ogos 2009 7.35 A.M

SELAMAT PAGI SEMUA


Kenanganku di Kolej Matrikulasi Perak.

5 Ogos 2009 7.OO A.M

Perbualan antara aku dan Farah hari itu telah membuatkan aku teringat kembali saat-saat indah semasa berada di KMPk. Tempoh setahun belajar di sana aku rasa bagaikan sangat singkat. Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi sepanjang tempoh aku belajar di sana. Walaupun ianya telah menjadi sejarah dalam hidupku ini,namun segala memori dan kenangan indah yang tercipta akan ku simpan sehingga ke akhir hayat..










p/s : gamba banyak hilang..agak sedih :(








Tuesday, August 4, 2009

Selamat Hari Jadi Papa

4 Ogos 2009 2.30 A.M


Selamat hari jadi~
Selamat hari jadi~
Selamat hari jadi Papa~
Selamat hari jadi~


Selamat hari jadi Papa!! Tahun ini umur Papa sudah menjangkau 48 tahun. Semoga Papa dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia bersama-sama Mama dan anak-anak lelakinya. Papa sentiasa di dalam doaku walau di mana aku berada.

Papaku merupakan seorang yang memahami dan sangat penyayang. Bagiku, beliau merupakan Papa yang terhebat di dalam dunia ini. Beliaulah idolaku, sahabatku, pendidikku, dan yang paling penting beliau ialah Papaku. Syukur Alhamdulillah.

Aku berjanji akan membalas kembali segala jasa dan pengorbanan Papa dan Mama yang selama ini telah banyak berkorban untuk aku dan juga adik-adikku tidak kira dari segi masa ,tenaga, dan mahupun segala keinginan kami berlima.

Selamat hari jadi Papa!

p/s : I LOVE YOU PAPA~
p/s: nanti kita lawan pingpong @ badminton lagi .hehe



Sunday, August 2, 2009

...............

2 Ogos 2009 1.00 A.M

'ilmu'
'keluarga'
'karier'
'harta'
'cinta'
'sahabat'
'ketenangan'

dan banyak lagi...






Tuesday, July 28, 2009

Coffee Prince


28 Julai 2009 2.10 A.M



Aku seronok dan terhibur menonton cerita korea yang bertajuk 'Coffee Prince' ini. Walaupun cerita ini sudah 2 tahun diterbitkan, baru sekarang aku berpeluang menontonnya.

Argghh..pedulikan semua itu. Apa yang pasti aku hatiku terhibur di kala menonton drama korea ini yang sememangnya penuh dengan adegan- adegan romantis dan menyentuh jiwa.

p/s : thanx to Azmir yang jiwang (^_^)


Saturday, July 25, 2009

Kami demam..kami inginkan KFC

25 Julai 2009 2.00 A.M

Tanpa menghiraukan kamera, kami 'melantak' seperti biasa.










Mereka ini dalam kegembiraan.









Saudara Edie yang comel.












Saudara Azmir yang khusyuk.














Saudara Zack yang tekun.












Saudara Samad yang tertib.













Aku dan Shamir yang bergaya dalam kekenyangan.










Friday, July 24, 2009

Cuti pertengahan semester..atau cuti H1N1.

24 Julai 2009

Jam 11 pagi tadi, aku mendapat panggilan daripada pihak majlis perwakilan pelajar (MPP) untuk memberitahu bahawasanya UiTM Perlis akan bercuti mulai 27 Julai sehingga 2 Ogos. Alasan yang diberikan adalah ianya adalah cuti pertengahan semester.

Aku dan rakan-rakan bagaikan tidak percaya dengan perkhabaran gembira ini. Siapa yang tidak mahukan cuti. Kami yang sudah mula untuk mendapat kembali rentak dan semangat untuk mengharungi cabaran pada semester ini pada mulanya berat untuk mempercayainya. Hal ini kerana kami semua mula untuk fokus menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Namun setelah disahkan oleh MPP sendiri, akhirnya kami akur.. Ya seluruh warga UiTM Perlis akan bercuti. Kami sangat gembira!!

Mungkin cuti yang diberikan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari pihak UiTM dalam mengatasi masalah virus selsema babi @ virus H1N1 yang sedang merebak ini. Virus ini sudah mula menular ke kawasan lain yang mana ianya mengganggu aktiviti harian warga Malaysia. Kami berdoa agar dilindungi daripada dijangkiti virus H1N1 agar kami dapat meneruskan pengajian ini tanpa dihantui oleh wabak selsema babi ini.

Selamat bercuti kepada semua warga UiTM Perlis.

p/s: Jum g KFC, Kuala Perlis, karoke, etc...dpt jemputan dari kawan2 (^_^)

Saturday, July 18, 2009

Ku lepaskannya

18 Julai 2009 4.24 A.M

Tanggal 16 Julai 2009 yang lalu merupakan tarikh aku melepaskannya..ku lepaskan jawatan Presiden Kelab Bismark. Perasaanku sebenarnya berbelah bahagi samada untuk meneruskannya ataupun untuk melepaskannya.

Dua tiga hari sebelum tarikh tersebut, aku banyak berfikir mengenai diriku. Aku cuba mencari jawapan yang dapat mengembirakan aku..keluargaku,rakan-rakanku, dan sesiapa sahaja yang mengenali diriku ini.Aku menjadi buntu,keliru dan kosong..bagaikan diriku ini dicampak ke sebuah pulau yang terbiar tanpa ditemani sesiapa.Tidurku terganggu, makanku tidak menentu tatkala memikirkan konflik dalamanku ini.

Namun, pada suatu malam, aku telah mengambil keputusan untuk melepaskannya. Ya aku yakin aku telah mengambil keputusan yang terbaik. Aku seolah-olah mendapat 'wake up call' pada malam yang dingin itu. Kesedaran inilah yang telah menyakinkan diriku ini bahawa ini adalah yang terbaik untuk diriku dan semua pihak yang berada disekeliling aku.

Oleh yang demikian,pada tarikh 16 Julai yang lalu, aku nekad untuk melepaskannya..

p/s : aku telah merangka semua aktiviti semester ini agar ianya dapat membantu pengurusan baru melaksanakannya . SELAMAT BERJAYA.

Sunday, July 12, 2009

Minggu pertama semester baru

12 Julai 2009 2.30 P.M

Hari ini cukup sudah minggu pertamaku dalam semester baru ini. Namun, apa yang aku dapat simpulkan adalah, aku masih tidak berubah. Aku masih tidak berjaya ke kelas, masih tidak berjaya untuk bangun awal..pendek kata aku masih belum berjaya untuk menguruskan diri aku ini sebaik mungkin.

Aku hanya berjaya sekali sahaja menjejakkan kakiku ke kelas sepanjang minggu pertama ini. Yang lain aku hanya mengabaikannya. Semua ini mungkin disebabkan mentaliti aku yang mengatakan minggu pertama ini kelas selalunya jarang ada. Dan ianya sememangnya terbukti..berdasarkan pengalaman di semester-semester yang lalu.

Tambahan pula faktor rakan-rakan terutamanya rakan serumahku yang banyak mempengaruhi diriku ini. Aku hanya mampu tersenyum pabila teringatkan mereka ini.

Aku bertekad untuk mengubah semua ini. Insyaallah minggu kedua nanti aku akan cuba untuk menjejakkan kakiku ke semua kelas..begitu juga dengan rakan-rakanku.

Selain itu, keputusan peperiksaan intersesiku telah pun keluar. Alhamdullilah aku berjaya mendapat gred A untuk subjek 'Managerial Economics'. Cuma aku sedikit kecewa dengan subjek 'Strategic Management' kerana aku hanya mampu untuk mendapat gred B sahaja. Apa-apapun aku mesti meneruskan perjuanganku di dalam semester 5 ini.

Selain itu, sejak dua tiga hari ini, Perlis selalu dilanda hujan yang berlarutan sehingga keesokkan harinya. Ini membuatkan kami semua sentiasa di dalam kesejukan. Tetapi ini tidak mengapa kerana sudah lama kami menantikan saat ini. Hal ini kerana kami semua asyik bermandikan peluh sahaja disebabkan cuaca yang panas terik sebelum ini.

Secara kesuluruhan, minggu pertamaku ini banyak aku habiskan masa dengan bersuka ria bersama teman-temanku. :)

p/s : wafiy, zack, edie, azmir,samad n shamir...rajen2la ke kelas. haha

Thursday, July 9, 2009

Kau pergi

9 Julai 2009 1.40 A.M

Dalam aku bergembira mengharungi semester baru ini, aku tidak dapat lari dari merasai kesedihan. Aku sedih kerana seseorang yang aku tunggu selama ini bukanlah milik aku. Tiada jodoh di antara aku dan dia..dan aku redha.

Aku sudah dapat menduga dari awal lagi yang ceritaku akan berkesudahan seperti ini. Tidak mengapa, aku boleh menerimanya. Inilah lumrah kehidupan.

Aku pernah merasai kesedihan ini suatu masa dulu. Aku tidak menafikan bahawa pengalaman pertamaku itu membuatkan aku sangat sedih. Namun, dalam aku meratapi kesedihan itu, aku punyai rakan-rakan yang banyak membantuku. Dan disebabkan oleh mereka, aku menjadi lebih matang dalam mengharungi situasi seperti ini.

Seseorang pernah memberitahuku.."Syarat pertama apabila kita berani mencintai seseorang ialah, kita harus berani membebaskan dia. Jika dia kembali kepada kita, dia sememangnya untuk kita. Tetapi jika tidak, dia bukanlah hak kita dan sememangnya dari dulu lagi kita dan dia tidak diciptakan untuk bersama." Kata-kata ini ku jadikan sebagai 'kunci' dalam mencari cinta sesama insan.

Buat masa ini, cintaku telah pergi.Ya kau pergi...


p/s : terima kasih kepada kawan-kawan dan juga kepada orang yang pernah ku sayangi dalam mengajar aku erti cinta.