Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan pergi, Syawal menanti.

Hari ini (16/09/09) aku akan meninggalkan bumi Perlis ini untuk pulang ke rumahku yang terletak di Kota Bharu. Perasaanku amatlah gembira kerana aku dapat bertemu dengan papa, mama dan juga adik-adikku setelah sekian lama tidak berjumpa mereka.

Kita seluruh umat islam bakal menyambul Syawal pada tahun ini dan meraikannya setelah kita semua berjaya mengharungi Ramadhan yang penuh dengan segala kenikmatan dan keberkatan untuk diperolehi.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam di dunia ini dan sama-samalah kita menghayati dan meraikannya dengan sempurna. Dalam kita bergembira meraikan Syawal pada tahun ini, janganlah kita mengabaikan rakan-rakan kita di luar sana yang yang mungkin tidak dapat menyambut syawal seperti orag lain akibat kesempitan hidup.

Aku juga ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang aku lakukan samada sengaja mahupun tidak sengaja kepada ibu bapaku, adik-adikku, rakan-rakanku, para pendidikku, dan sesiapa sahaja yang mengenali diriku ini dan berharap kita semua dapat meraikannya bersama-sama.

Kepada rakan-rakanku yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalanraya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri semua!!

p/s : x saba nk raye!! ^_^


1 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya.. maaf atas segala silap dan salah.. :)

Post a Comment