Thursday, May 12, 2011

Selamat Pengantin Baru Reyzuan!

Okay..Sekarang aku hendak kongsikan berita gembira pasal salah seorang sahabatku semasa aku bekerja di Ambank dahulu.Alhamdullilah beliau telah selamat diijabkabulkan dengan isterinya pada 30 April 2001.Tahniah bro!!

Reyzuan ni ibarat macam abang aku dah..macam-macam cerita dikongsikan. (Jgn risau abang, segala rahsiamu selamat.hehehe)

Ni antara gambar yang sempat dirakam...


Sampai je kami melantak dulu ^^

Pengantin yg sentiasa tersenyum :)
Peace!~ (or is it isteri no 2?? )
Selamat Pengantin Baru!!~
Okay..pastu masa untuk karok!

Lepas jumpa pengantin, kteorang terus cabut pergi menyanyi plak.hehehe..Secara tak langsung,ini adalah kali terakhir aku lepak dengan diaorang..........

p/s: ramai kawan dah start bertunang and berkahwin...aku muda lagi ^^

Aku & Cinta

Setiap orang memerlukan cinta,termasuklah diri aku.Kisah cinta kita mungkin tidak sama antara satu sama lain.Berlainan watak,berbeza pahit manisnya,dan tidak lupa pelbagai jalan ceritanya.Ada yang bahagia sehingga ke jinjang pelamin,ada yang terputus di pertengahan jalan,malah ada yang tidak mampu untuk merasai apa itu cinta. Terpulang kepada diri kita untuk memilih kisah cinta yang diidamkan.

Aku?? Kisah cintaku sudah berlalu pergi.Pergi kerana tiada jodoh antara aku dan dia.

-Miss X-
Ya..aku telah melukakan hatinya.Aku hanya mampu memohon maaf di atas keputusan yang telahku ambil.Maaf kerana tidak mampu mencintai dirinya seperti dia mencintai aku.Aku mahu dia tahu bahawa tidak terlintas langsung di fikiran untuk mempermainkan dirinya.Segala perbuatanku adalah ikhlas..ikhlas sebagai kekasih dan juga ikhlas sebagai sahabat.Aku mendoakan agar dia berjaya dalam kehidupan dan ditemukan dengan seseorang yang lebih sesuai untuk berada disampingnya.Aku tahu dia merupakan seorang yang tabah dan kuat..malah aku percaya jika sekarang dia sudah melupakan kisah lalu dan terus maju untuk mencapai cita-citanya.Sebagai menghormati permintaannya,akanku buang segala tulisan mahupun gambar yang berkaitan dengannya...

-Miss Y-
Dia adalah seorang teman yang telah kukenali beberapa tahun yang lalu.Mulanya,aku keliru akan perasaanku terhadapnya.Aku keliru samada perasaan yang wujud itu adakah suka,adakah sayang,ataupun cinta.Malah,aku semakin keliru apabila melihat tingkah laku dan reaksi dari dia..seolah2 mempunyai perasaan yang sama terhadapku.Tetapi hatiku menafikannya.Ku akui saat yang dikongsikan bersamanya memang menggembirakanku..mampu untuk aku melupakan kesedihan lalu.Namun,aku sudah berkeputusan untuk tidak terburu-buru.Aku bersyukur kerana telah diberikan kewarasan dan petunjuk dalam membuat keputusan.Dan aku yakin itu bukannya cinta.Bagiku,perasaan yang wujud adalah perasaan sayang kepada seorang sahabat.Tidak lebih dari itu..dan aku akan sentiasa menjadi sahabatnya samada susah mahupun senang, dekat ataupun jauh.

Okay,cukup sudah.Sekarang adalah masanya untuk aku memajukan diri dan menjadi insan yang lebih berjaya.Dengan pekerjaan baru, dengan family di sisi, aku akan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih matang dalam setiap perbuatan dan keputusan yang diambil.Insya Allah....

p/s: nak start cari Miss A, Miss B, Miss C,Miss.......... hehehe






Ehem ehemm......Testing 123...

Hello!! Apa khabar korang semua?? Lama gila aku tak update blog ni.Follower2 semua dah lari aku rasa.hahaha..

Apa-apa pun aku nk ucapkan selamat tahun 2011 kpd korang semua, semoga berbahagia selalu disamping orang tersayang, dan sama2 kita berusaha menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

p/s:lama tak menulis, rasa macam tengah mengarang karangan UPSR ^^

Saturday, November 27, 2010

Nak konvo dah.

Dah2..taknak sedih2 lagi. Aku nak share berita gembira ni...aku nak konvo dah. hehe. Tak sabar nak kembali ke Arau jumpa balik kawan2 masa belajar dulu.

Majlis konvokesyen akan berlangsung di Dewan Baru UiTM Perlis (dengarnya dah tukar nama, tapi ape ntah.haha..) pada 30 November 2010. Aku punya no giliran adalah no 7. Tersangat la depan barisan aku.haha.. Tak sabar nak pakai jubah konvo. Baru lah nampak macam Harry Potter nanti. :D

Apa2 pun aku memang tak sabar nak kembali ke Arau. Tempat di mana aku belajar untuk menjadi lebih matang dan mengenali dunia dengan lebih mendalam.Oh lupa plak, lagi satu Arau adalah tempat untuk aku makan dan makan dan makan dengan senang hatinya. :)

JUMM BALIK ARAU~

p/s: Agak2 korang ade perubahan tak dekat Arau..haha macam dah lama je tak pergi sane

You lied to me...

Yes, you lied to me.I don't know why you're doing that to me. You think you can hide it and pretend nothing happened...


p/s: sedey woo..... haha :)


Saturday, September 4, 2010

Nak Balik Kampung..

Nampak gaya tahun ni aku bakal beraya di KL..aduss. ralat betul rasanye. Dah la cuti dpt tahu lambat, pastu dpt hari 3 hari je. Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tiket nk beli pun tak sempat dah ni..nk naik flight duit pun tengah takde,gaji lambat lagi.haha

p/s: tak sanggup nk dgr lagu raye lg..sedey woo.. haha

Friday, August 13, 2010

Kenangan Berbuka Berpuasa di Perlis

Alamak...tiba2 aku teringat kenangan berpuasa di Perlis.

Dulu..masa kat Perlis, aku, Bazil dgn Arep (Dua2 ni roommate masa kat kolej) akan ke Kuala Perlis untuk berbuka puasa. Kteorang dah pasang niat, setiap kali puasa kt sini, kite sume mesti berbuka kat Kuala Perlis at least sekali. hahaha..


aku, Arep, Bazil

Err..tak batal posekan.hehe



Calon2 Juara makan besar..haha


Makan ape?

Biasa la makanan kat Kuala Perlis tu.. ada ikan bakar, sotong goreng tepung, sotong sambal, ikan tiga rasa,kerang bakar, sayur campur, tomyam n macam2 lagi la. Kalo bab makan, memang kami bertiga juara! hehe

Minum ape?

Biasanya, kalo bab minum ni, ktorang akan order 2 jug air buah ( tembikai n fresh orange) dan tak lupa juga 1 jug air kosong. hehe


Masa untuk makannnn!~

Muka Arep yang tak sabar nak belasah sume makanan yang ada..

Hahaha..dengan dorang ni memang order makan untuk 6 orang. Tapi selalunya aku n Bazil yang dapat bertahan untuk melicinkan sume makanan yang ada. haha..

Walaupun fizikal aku tak sebesar dorang, tapi perut aku mampu bertanding dengan dorang ni. hehe

*Sebab tu la budak2 rumah sewa aku dulu panggil aku perut lembu... -_-

p/s: Rindu nak berpuasa di Perlis ^_^

Wednesday, August 11, 2010

Macam-macam daa...

Hari pertama puasa, aku nak kena setelkan pasal buka saving account dekat AmBank ni. Dah dua tiga hari benda ni tertangguh gara2 terbangun lewat.hehe.. Nasib baik la papa n mama tak bising. Dah la pergi buat pun papa temankan. ish3......

Masuk je bank, aku terpegun...terpegun sbb kebanyakan orang dalam bank tu semuanya perempuan.Fuyoo......kurang pahala puasa aku.haha...(tak sengaja terpandang dorang..hee). Tanpa mmbuang masa, aku pun bawa la diri ke kaunter customer service utk setelkan hal yg tertunggak. Sambil2 tu sempat gak la berbual dengan staff dekat situ (kak suhaily, n kwn2 die). Dorang tak sangka yang aku ni pun bakal bekerja dgn AmBank (tapi tempat kerja lain la...haha). So mcm2 la dorang tanya. Dorang semuanya sangat mesra n ramah. Siap ada yang suruh belanja lagi bila dapat gaji. (uit...ramainya nak kena belanja camni.haha). Sebelum aku nak balik ..ada la staff yg bagi business card dorang. (bgos2..mmg dorang bsungguh2 nak suruh aku belanja.haha)

Lepas setel hal di AmBank, parents kata nak singgah umah nenek jap. Sampai sana, aku terus cari bantal utk merehat2kan bdn ini.hehe..Tengah syok baring2, tiba2 tepon aku dlm poket tu bergegar. AmBank call..

AmBank : Hello..Encik Wafiy. Saya Syira dari AmBank.

Aku : Owh ya Cik Syira.. ade ape ye?

AmBank :Camni En Wafiy...saya nak beritahu yang kita terpaksa tukar tarikh u nk masuk kerja tu. Tukar ke 30 Ogos.(Manja suara die....haha)

aku : Haa...yeke. Kenape plak kena tukar?

AmBank : Camni..pihak kami tak dapat nak mulakan u kerja on 16 tu sbb u sorang2 je yg akn training. (Laa...camtu pn bole ke). Mmg kami terpaksa. Lgpun kalo u start 30 ogos nanti, akan ada 3-4 orang staff baru yg akan join u. So..ada kawan la nnt. Kami btol2 minta maaf ya..(dgn suara manja..ish3.hehe)
Aku : Shoooot!...(masih mampu mengawal budi dan bahasa.haha). Mmg tak boleh nk buat apa2 la ni?

AmBank : Yep...mmg kami terpaksa.

bla bla bla...tket dh beli....bla bla bla... offer letter...bla bla bla..... bila u nk dtg? bla bla bla...

AmBank : Ok En Wafiy, Jumpa u 30 aribulan nanti ya.

Aku : ok..bubye

Nak tak nak, kena la terima. Dah la nak tukar tiket tu susah.(pagi tu papa dh belikan tiket bus nak ke KL) Kalo ikotkan 3 hari sblm tarikh perjalanan je bole tukar. Aku plak, esok nak bertolak baru nk tukar. haha..So, terpaksa la kena pujuk kakak yang jaga kaunter tiket tu. Nasib baik la boleh. Tak pasal2 aku kena guna skill yang ada nak pujuk kakak tu. haish....

Lepas tu..aku pun membawa diri ke rumah. Dengan hati yang...huk2...perut yang...huk2... LAPAR~
Hehe...Apa2 pun, aku tak sabar nak buka puasa. Mama mesti masak yang sedap2 ni. ^_^

p/s: SELAMAT BERBUKA NANTI! :D






Kerjaya di AmBank

Alhamdulillah..berjaya juga aku mendapatkan pekerjaan pertama aku. InsyaAllah aku akan memulakan karier aku di AmBank.

Aku sepatutnya dijadualkan untuk mula bekerja pada 16 Ogos 2010, tapi tapi terpaksa ditunda ke 30 Ogos 2010 disebabkan oleh masalah teknikal. (haish...punye la aku smgt nk start awal.haha)

Tak kisah la walaupun start kerja lewat sket, kerja pun dah dapat. Dan boleh la aku teruskan cuti bersama keluarga tercinta,insan tersayang, dan rakan2. hehe

p/s: Bile calculate blk..hampir 4 bln pas abis blaja baru aku bole mula kerja. haha


Friday, July 23, 2010

Psst..psst..

No more interviews...

Jum kita kerja! :)

p/s: Tak sabar nak puasa...hehe