Setiap orang memerlukan cinta,termasuklah diri aku.Kisah cinta kita mungkin tidak sama antara satu sama lain.Berlainan watak,berbeza pahit manisnya,dan tidak lupa pelbagai jalan ceritanya.Ada yang bahagia sehingga ke jinjang pelamin,ada yang terputus di pertengahan jalan,malah ada yang tidak mampu untuk merasai apa itu cinta. Terpulang kepada diri kita untuk memilih kisah cinta yang diidamkan.
Aku?? Kisah cintaku sudah berlalu pergi.Pergi kerana tiada jodoh antara aku dan dia.
-Miss X-
Ya..aku telah melukakan hatinya.Aku hanya mampu memohon maaf di atas keputusan yang telahku ambil.Maaf kerana tidak mampu mencintai dirinya seperti dia mencintai aku.Aku mahu dia tahu bahawa tidak terlintas langsung di fikiran untuk mempermainkan dirinya.Segala perbuatanku adalah ikhlas..ikhlas sebagai kekasih dan juga ikhlas sebagai sahabat.Aku mendoakan agar dia berjaya dalam kehidupan dan ditemukan dengan seseorang yang lebih sesuai untuk berada disampingnya.Aku tahu dia merupakan seorang yang tabah dan kuat..malah aku percaya jika sekarang dia sudah melupakan kisah lalu dan terus maju untuk mencapai cita-citanya.Sebagai menghormati permintaannya,akanku buang segala tulisan mahupun gambar yang berkaitan dengannya...
-Miss Y-
Dia adalah seorang teman yang telah kukenali beberapa tahun yang lalu.Mulanya,aku keliru akan perasaanku terhadapnya.Aku keliru samada perasaan yang wujud itu adakah suka,adakah sayang,ataupun cinta.Malah,aku semakin keliru apabila melihat tingkah laku dan reaksi dari dia..seolah2 mempunyai perasaan yang sama terhadapku.Tetapi hatiku menafikannya.Ku akui saat yang dikongsikan bersamanya memang menggembirakanku..mampu untuk aku melupakan kesedihan lalu.Namun,aku sudah berkeputusan untuk tidak terburu-buru.Aku bersyukur kerana telah diberikan kewarasan dan petunjuk dalam membuat keputusan.Dan aku yakin itu bukannya cinta.Bagiku,perasaan yang wujud adalah perasaan sayang kepada seorang sahabat.Tidak lebih dari itu..dan aku akan sentiasa menjadi sahabatnya samada susah mahupun senang, dekat ataupun jauh.
Okay,cukup sudah.Sekarang adalah masanya untuk aku memajukan diri dan menjadi insan yang lebih berjaya.Dengan pekerjaan baru, dengan family di sisi, aku akan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih matang dalam setiap perbuatan dan keputusan yang diambil.Insya Allah....
p/s: nak start cari Miss A, Miss B, Miss C,Miss.......... hehehe