HARI KETIGA 16 0GOS 2009
Kami meneruskan lawatan kami pada hari ketiga ini dengan mengunjungi salah satu tempat yang menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke negeri Kelantan iaitu Pasar Besar Khadijah. Di sini kami ingin mengkaji tentang sikap pengguna dalam memilih dan membeli barangan yang terdapat di pasar ini. Antara barangan yang ada dijual di sini adalah kain, tudung, barangan basah seperti sayur-sayuran,ikan, ayam dan bermacam-macam jenis barangan keperluan harian yang lain.
Setelah penat meneroka sekitar kawasan Pasar Besar Khadijah dan juga Bandar Kota Bharu ini, kami semua menjamu selera sebelum berangkat pulang ke UiTM. Tepat jam 2 .30 petang, bas bergerak meninggalkan negeri Kelantan dan menuju kembali ke Perlis. Kami tiba di Perlis lebih kurang jam 11 malam.
Banyak pengalaman dan kenangan indah mahupun pahit telah kami lalui sepanjang lawatan kami kali ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Anuar dan Encik Nizar selaku pensyarah pengiring kami yang banyak membantu kami dalam menjayakan lawatan ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan, anda semua memang yang terbaik kerana mnejadikan lawatan ini sangat bermanfaat dan menyeronokkan. Kepada abang-abang pemandu bas, terima kasih diucapkan kerana membawa kami menjelajah antara tempat-tempat menarik di Negeri Terengganu dan Kelantan.
Terima kasih semua!!
0 comments:
Post a Comment