Tuesday, July 28, 2009

Coffee Prince


28 Julai 2009 2.10 A.M



Aku seronok dan terhibur menonton cerita korea yang bertajuk 'Coffee Prince' ini. Walaupun cerita ini sudah 2 tahun diterbitkan, baru sekarang aku berpeluang menontonnya.

Argghh..pedulikan semua itu. Apa yang pasti aku hatiku terhibur di kala menonton drama korea ini yang sememangnya penuh dengan adegan- adegan romantis dan menyentuh jiwa.

p/s : thanx to Azmir yang jiwang (^_^)


Saturday, July 25, 2009

Kami demam..kami inginkan KFC

25 Julai 2009 2.00 A.M

Tanpa menghiraukan kamera, kami 'melantak' seperti biasa.










Mereka ini dalam kegembiraan.









Saudara Edie yang comel.












Saudara Azmir yang khusyuk.














Saudara Zack yang tekun.












Saudara Samad yang tertib.













Aku dan Shamir yang bergaya dalam kekenyangan.










Friday, July 24, 2009

Cuti pertengahan semester..atau cuti H1N1.

24 Julai 2009

Jam 11 pagi tadi, aku mendapat panggilan daripada pihak majlis perwakilan pelajar (MPP) untuk memberitahu bahawasanya UiTM Perlis akan bercuti mulai 27 Julai sehingga 2 Ogos. Alasan yang diberikan adalah ianya adalah cuti pertengahan semester.

Aku dan rakan-rakan bagaikan tidak percaya dengan perkhabaran gembira ini. Siapa yang tidak mahukan cuti. Kami yang sudah mula untuk mendapat kembali rentak dan semangat untuk mengharungi cabaran pada semester ini pada mulanya berat untuk mempercayainya. Hal ini kerana kami semua mula untuk fokus menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Namun setelah disahkan oleh MPP sendiri, akhirnya kami akur.. Ya seluruh warga UiTM Perlis akan bercuti. Kami sangat gembira!!

Mungkin cuti yang diberikan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari pihak UiTM dalam mengatasi masalah virus selsema babi @ virus H1N1 yang sedang merebak ini. Virus ini sudah mula menular ke kawasan lain yang mana ianya mengganggu aktiviti harian warga Malaysia. Kami berdoa agar dilindungi daripada dijangkiti virus H1N1 agar kami dapat meneruskan pengajian ini tanpa dihantui oleh wabak selsema babi ini.

Selamat bercuti kepada semua warga UiTM Perlis.

p/s: Jum g KFC, Kuala Perlis, karoke, etc...dpt jemputan dari kawan2 (^_^)

Saturday, July 18, 2009

Ku lepaskannya

18 Julai 2009 4.24 A.M

Tanggal 16 Julai 2009 yang lalu merupakan tarikh aku melepaskannya..ku lepaskan jawatan Presiden Kelab Bismark. Perasaanku sebenarnya berbelah bahagi samada untuk meneruskannya ataupun untuk melepaskannya.

Dua tiga hari sebelum tarikh tersebut, aku banyak berfikir mengenai diriku. Aku cuba mencari jawapan yang dapat mengembirakan aku..keluargaku,rakan-rakanku, dan sesiapa sahaja yang mengenali diriku ini.Aku menjadi buntu,keliru dan kosong..bagaikan diriku ini dicampak ke sebuah pulau yang terbiar tanpa ditemani sesiapa.Tidurku terganggu, makanku tidak menentu tatkala memikirkan konflik dalamanku ini.

Namun, pada suatu malam, aku telah mengambil keputusan untuk melepaskannya. Ya aku yakin aku telah mengambil keputusan yang terbaik. Aku seolah-olah mendapat 'wake up call' pada malam yang dingin itu. Kesedaran inilah yang telah menyakinkan diriku ini bahawa ini adalah yang terbaik untuk diriku dan semua pihak yang berada disekeliling aku.

Oleh yang demikian,pada tarikh 16 Julai yang lalu, aku nekad untuk melepaskannya..

p/s : aku telah merangka semua aktiviti semester ini agar ianya dapat membantu pengurusan baru melaksanakannya . SELAMAT BERJAYA.

Sunday, July 12, 2009

Minggu pertama semester baru

12 Julai 2009 2.30 P.M

Hari ini cukup sudah minggu pertamaku dalam semester baru ini. Namun, apa yang aku dapat simpulkan adalah, aku masih tidak berubah. Aku masih tidak berjaya ke kelas, masih tidak berjaya untuk bangun awal..pendek kata aku masih belum berjaya untuk menguruskan diri aku ini sebaik mungkin.

Aku hanya berjaya sekali sahaja menjejakkan kakiku ke kelas sepanjang minggu pertama ini. Yang lain aku hanya mengabaikannya. Semua ini mungkin disebabkan mentaliti aku yang mengatakan minggu pertama ini kelas selalunya jarang ada. Dan ianya sememangnya terbukti..berdasarkan pengalaman di semester-semester yang lalu.

Tambahan pula faktor rakan-rakan terutamanya rakan serumahku yang banyak mempengaruhi diriku ini. Aku hanya mampu tersenyum pabila teringatkan mereka ini.

Aku bertekad untuk mengubah semua ini. Insyaallah minggu kedua nanti aku akan cuba untuk menjejakkan kakiku ke semua kelas..begitu juga dengan rakan-rakanku.

Selain itu, keputusan peperiksaan intersesiku telah pun keluar. Alhamdullilah aku berjaya mendapat gred A untuk subjek 'Managerial Economics'. Cuma aku sedikit kecewa dengan subjek 'Strategic Management' kerana aku hanya mampu untuk mendapat gred B sahaja. Apa-apapun aku mesti meneruskan perjuanganku di dalam semester 5 ini.

Selain itu, sejak dua tiga hari ini, Perlis selalu dilanda hujan yang berlarutan sehingga keesokkan harinya. Ini membuatkan kami semua sentiasa di dalam kesejukan. Tetapi ini tidak mengapa kerana sudah lama kami menantikan saat ini. Hal ini kerana kami semua asyik bermandikan peluh sahaja disebabkan cuaca yang panas terik sebelum ini.

Secara kesuluruhan, minggu pertamaku ini banyak aku habiskan masa dengan bersuka ria bersama teman-temanku. :)

p/s : wafiy, zack, edie, azmir,samad n shamir...rajen2la ke kelas. haha

Thursday, July 9, 2009

Kau pergi

9 Julai 2009 1.40 A.M

Dalam aku bergembira mengharungi semester baru ini, aku tidak dapat lari dari merasai kesedihan. Aku sedih kerana seseorang yang aku tunggu selama ini bukanlah milik aku. Tiada jodoh di antara aku dan dia..dan aku redha.

Aku sudah dapat menduga dari awal lagi yang ceritaku akan berkesudahan seperti ini. Tidak mengapa, aku boleh menerimanya. Inilah lumrah kehidupan.

Aku pernah merasai kesedihan ini suatu masa dulu. Aku tidak menafikan bahawa pengalaman pertamaku itu membuatkan aku sangat sedih. Namun, dalam aku meratapi kesedihan itu, aku punyai rakan-rakan yang banyak membantuku. Dan disebabkan oleh mereka, aku menjadi lebih matang dalam mengharungi situasi seperti ini.

Seseorang pernah memberitahuku.."Syarat pertama apabila kita berani mencintai seseorang ialah, kita harus berani membebaskan dia. Jika dia kembali kepada kita, dia sememangnya untuk kita. Tetapi jika tidak, dia bukanlah hak kita dan sememangnya dari dulu lagi kita dan dia tidak diciptakan untuk bersama." Kata-kata ini ku jadikan sebagai 'kunci' dalam mencari cinta sesama insan.

Buat masa ini, cintaku telah pergi.Ya kau pergi...


p/s : terima kasih kepada kawan-kawan dan juga kepada orang yang pernah ku sayangi dalam mengajar aku erti cinta.



Saturday, July 4, 2009

Cinta

4 Julai 2009 11.25 P.M


Masanya sudah tiba untuk aku mencari cinta baru..

Thursday, July 2, 2009

Cabaran baru akan bermula


2 Julai 2009 2.00P.M




Pada 6 Julai ini semester baru ku akan bermula. Tidak dapat ku gambarkan dengan jelas perasaan sebenar aku taktala menanti kehadiran semester baru ini. Aku berasa teruja dengan apa yang bakal aku tempuhi dalam semester ini, aku berasa gembira kerana dapat bertemu semula rakan-rakan ku, aku berasa sedih kerana ini merupakan 2 semester terakhir di UiTM Perlis. Semuanya bercampur aduk..haha. Malah aku sudah mula merasai kesibukan yang bakal dihadapi oleh aku apabila bermulanya semester baru aku ini..aku akan sibuk dengan tugasan, sibuk dengan aktiviti kelab, sibuk dengan kehidupan peribadiku, dan bermacam-macam lagi kesibukan. Namun jauh di sudut hatiku, aku sebenarnya tidak sabar untuk menghadapi semester baru ini.

Pada 1 Julai 2009, aku menerima panggilan daripada Wan Bear untuk membincangkan hal-hal berkaitan kelab pelajar pemasaran iaitu Bismark. Setelah hampir 3 jam kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat, akhirnya aku jelas dengan tanggungjawab dan tugas yang bakal dipikul oleh aku. Walaupun terasa berat degan bebanan yang bakal dihadapiku, namun aku redha dan aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai dan mengharungi pengalaman ini. Untuk warga Bismark, Insyaallah kita semua akan buat yang terbaik dalam menjayakan aktiviti kita semester ini.

Dalam semester baru ini juga aku berharap dapat memperbaiki lagi keputusan peperiksaan aku. Aku sudah memasang azam untuk rajin ke kelas, rajin membuat nota, rajin membuat tugasan,rajin berkawan, dan bermacam-macam rajin lg.Hahaha.. selalunya inilah senarai azamku apabila bermulanya semester baru. Ada yang tercapai, ada yang tidak.

Namun, di dalam kotak pemikiran aku ini sering tertanya-tanya, dapatkah aku membahagikan masa dengan semua aktivtiti ini. Aku ingin memperoleh keputusan yang bagus, aku ingin menyiapkan tugasan yang diberi, aku ingin menjayakan aktiviti kelab, aku ingin keluar bergembira bersama-sama rakan-rakanku., aku ingin....hmm banyak sebenarnya apa yang aku inginkan. Inilah antara dilema yang bakal hadapiku. Aku berharap aku berupaya untuk memilih keputusan yang tepat agar ianya dapat mengembirakan aku dan juga orang di sekeliling aku. Aku hanya mahu menjalani kehidupan seperti pelajar-pelajar lain.. dapat belajar dengan tenang, dapat bergembira, dapat berpacaran, dapat bersukan, dan bermacam-macam lagi.

Apa-apa pun yang berlaku, aku yakin aku mampu untuk melakukannya. Insyaallah.. Semoga semester baru ini dapat aku penuhi dengan pelbagai memori samada yang indah mahupun pahit.


p/: aku nk beli buku rujukan, alat tulis, makanan, minuman, kasut, seluar...bla bla bla.