HARI PERTAMA (14 Ogos 2009)
Pada jam 7.15 pagi,kami berkumpul di kawasan parking bas UiTM sambil menunggu peserta-peserta lain. Tepat jam 8.00 pagi, kami bertolak meninggalkan bumi Perlis. Perjalanan kami ke Terengganu mengambil masa kira-kira 10 jam. Kami tiba di destinasi pertama kami iaitu di Terengganu kira-kira jam 6 petang.
Sesudah tibanya kami di Terengganu, kami terus masuk ke bilik penginapan masing-masing untuk membersihkan diri dan menghilangkan rasa penat setelah hampir 10 jam berada di dalam bas. Pada sebelah malamnya, kami semua menjamu selera untuk makan malam di Pulau Batu Burok. Lebih kurang jam 11 malam, kami semua pulang ke tempat penginapan masing-masing untuk merehatkan diri kerana pada keesokkan harinya kami akan memulakan lawatan kami ke tempat-tempat yang telah dicadangkan.
4 comments:
pak cik!org pkai mask kat mulot,bkn mata lar doink!~
sbb tu lar demam..
ape daaa..
hehe..tu la psl :)
adoi aku yang jd pengarah projek..aku plak yang demam teruk...hahaha
thanks suma yang support tuk projek nie :)
bruno hg xyah dok ucap trima kasih pn xpa...aku tlg ikhlas.hahaha...
Post a Comment