Thursday, August 20, 2009

Lawatan ke Terengganu dan Kelantan


Hari Kedua 15 Ogos 2009

Pada hari kedua lawatan ini, kami melawat dan seterusnya mengkaji bagaimana penduduk tempatan di Terengganu ini menjalankan aktiviti harian mereka. Kami juga ingin mengenalpasti cara dan teknik pemasaran dan persaingan antara penjual-penjual di sini.

Tepat jam 8.00 pagi kami semua bertolak ke destinasi pertama kami iaitu ke Arfa Batik. Sementara menunggu giliran untuk masuk ke dalam kompleks batik itu, para peserta sempat mengalas perut mereka di kafe yang disediakan. Lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami semua dibenarkan masuk ke kompleks tersebut.

Arfa Batik adalah merupakan salah satu pembuat batik di Malaysia yang terkenal bukan sahaja di dalam negara, malah di seluruh pelusuk dunia. Di Arfa Batik, kami didedahkan dengan kaedah-kaedah membuat batik,sejarah pembuatan batik dan segala jenis maklumat mengenai batik. Di sini juga ada disediakan kompleks untuk membeli barangan berasaskan batik dan sulaman. Antaranya seperti kain batik, tudung, barangan perhiasan dan pelbagai jenis barangan lain.

Selepas selesai meneroka Arfa Batik, lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami bertolak ke Pasar Payang di mana tempat ini menjadi tempat tarikan pelancong untuk membeli belah barangan seperti kain sutera, tudung, makanan ringan, keropok lekor, dan bermacam-macam lagi.

Selepas menjamu selera, kami semua bertolak ke destinasi berikutnya iaitu Masjid Kristal. Di sini selain tempat untuk kita menunaikan solat,ianya juga merupakan tempat di mana para pelancong berpeluang melihat keindahan replika-replika masjid yang tersergam indah. Keunikan Masjid Kristal ini adalah ianya seolah-olah terapung di atas permukaan tasik yang berada di kawasan sekitarnya.

Kemudian, lebih kurang pukul 4 petang, kami semua bertolak ke destinasi berikutnya iaitu ke negeri Kelantan. Kami tiba di Kota Bharu lebih kurang jam 8.00 malam dan menginap di Home Beach Village. Para peserta terus masuk ke bilik masing-masing dan membersihkan diri untuk bersiap ke salah satu tempat menarik di Kelantan iaitu Wakaf Che Yeh.

Selepas sahaja menjamu selera, para peserta mengunjungi sekitar kawasan Wakaf Che Yeh yang menjual pelbagai barangan seperti kain, tudung, baju, seluar,barangan elektrik, makanan dan sebagainya.

Tepat jam 12.30 malam, kami semua pulang ke tempat penginapan masing-masing dan berehat untuk mengembalikan tenaga untuk aktiviti keesokannya.



RUMAH TUMPANGAN MAK TEH

ARFA BATIK






PASAR PAYANG











MASJID KRISTAL



PENAT...:)

3 comments:

azmiramin said...

ari ke-2 mrupakan ari y pling mmenatkn n ari y pling enjoy...hahaha.

Wafiy Wonka said...

haha taw xpe..mmg best! :)

Shasya Isya said...

xsgka pic sham pun ada.. tp awat la p letak pic yg tu.. huduh gila posing..

Post a Comment