Friday, July 24, 2009

Cuti pertengahan semester..atau cuti H1N1.

24 Julai 2009

Jam 11 pagi tadi, aku mendapat panggilan daripada pihak majlis perwakilan pelajar (MPP) untuk memberitahu bahawasanya UiTM Perlis akan bercuti mulai 27 Julai sehingga 2 Ogos. Alasan yang diberikan adalah ianya adalah cuti pertengahan semester.

Aku dan rakan-rakan bagaikan tidak percaya dengan perkhabaran gembira ini. Siapa yang tidak mahukan cuti. Kami yang sudah mula untuk mendapat kembali rentak dan semangat untuk mengharungi cabaran pada semester ini pada mulanya berat untuk mempercayainya. Hal ini kerana kami semua mula untuk fokus menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Namun setelah disahkan oleh MPP sendiri, akhirnya kami akur.. Ya seluruh warga UiTM Perlis akan bercuti. Kami sangat gembira!!

Mungkin cuti yang diberikan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari pihak UiTM dalam mengatasi masalah virus selsema babi @ virus H1N1 yang sedang merebak ini. Virus ini sudah mula menular ke kawasan lain yang mana ianya mengganggu aktiviti harian warga Malaysia. Kami berdoa agar dilindungi daripada dijangkiti virus H1N1 agar kami dapat meneruskan pengajian ini tanpa dihantui oleh wabak selsema babi ini.

Selamat bercuti kepada semua warga UiTM Perlis.

p/s: Jum g KFC, Kuala Perlis, karoke, etc...dpt jemputan dari kawan2 (^_^)

4 comments:

azmiramin said...

ni bala y tuhan turunkan d atas kemusnahan y manusia lakukan ke ats muka bumi...harap korang suma sedar.mari la kita sama2 b'doa agar dosa kita d ampunkn...AMIN.

Wafiy Wonka said...

amin~

jaCq said...

tempat i pun ditutup coz nak kawal wabak ni!!! sedap jerr bercuti kat umah... ngeh3..
seminggu beb!! njoy

Wafiy Wonka said...

yea have fun all! :)

Post a Comment