Friday, November 13, 2009

Aku tak suka..tak suka!


AKU SAKIT!!

Bila makan aku rasa sakit. Bila minum aku rasa sakit. Bila gosok gigi pun aku rasa sakit. Aku rasa korang sume mesti pernah mengalami gejala yang dialami aku ini.. Ianya adalah ULSER MULUT! (a.k.a mata ikan @ lompangan). Sakitnya bukan sahaja di bahagian mulut, malah sampai ke kepala otak pun aku rasa sakit!

Sakitnya memang la sangat tidak seronok. Korang bayangkan la antara aktiviti yang aku suka buat (makan & minum) ni semuanya membuatkan aku rasa sakit. Hanya Allah je la yang tahu. Argghhhhhhh...!!~

Aku tak nak mengeluh lama2 kerana aku tahu sakit di dunia ini adalah sebahagian dari dugaan hidup. Orang kata untuk bagi kita kesedaran dan menghapuskan dosa2 kecil kita di dunia ini.

Petang tadi dalam aku menahan kesakitan ulser ini (sambil2 blog walking), aku terjumpa satu petua untuk mengurangkan ulser. Ni petua yang aku dapat :

Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit ( macam masak meggie je ni ) bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.

Amaran : Petua ini tidak berkesan sekiranya anda menelan asam keping tersebut seperti anda menelan pil penahan sakit!

p/s: Aku pun belum cuba lagi petua ni. Nampak macam extreme..hehe.

5 comments:

Abu bukhari said...

hoho...ulcer mulut atau dlm erti kata yg mantap'a stomatitis...aku ada petua yg agak moden tuk ko fiy...ko kumur dgn listerin..confirm cepat sembuh...xbhong...

Abu bukhari said...

insyaAllah

Wafiy Wonka said...

haha thank u my dentist! :)
aku stkat ni x bwat ape pn..bia je.
tp memang seksa gak la nk tggu stomatitis ni sembuh..

Anonymous said...

Lebih best kalau taruh garam (atau erti kata yg mantap sodium cloride) kat tempat ulser tu. Perasaan best tu ibarat terbang di langit, bro. Confirm (sembuh, bkn terbang).

Liyanadiba said...

erm,,it's better if you buy this..
BONJELA..it's a gel for mouth and teething ulcers..
i use it right now..
and its good..
i wear braces,,so i got a lot of repeated ulcers in a weeks..
same places..
uh..
sangat saket!!...

Post a Comment