Monday, June 29, 2009

Resah menanti keputusan peperiksaan intersesi...


29 Jun 2009 9.30 p.m


Minggu ini keputusan peperiksaan intersesi akan keluar. Aku tidak tahu bila tarikh sebenar keputusan itu akan keluar. Namun apa yang pasti, hati ku ini resah memikirkan apa yang bakal aku dapat nanti..

Aku mengambil 2 subjek untuk intersesi kali ini. 'Strategic Management' dan 'Managerial Economics'. Bagi aku kedua-dua subjek ini amat menarik untuk dipelajari. Namun, apa yang membuatkan aku sedikit tertekan dan resah menantikan keputusan untuk kedua-dua subjek ini adalah kerana masa yang suntuk untuk aku fokus kepada kedua-duanya. Masa aku banyak dihabiskan untuk menyiapkan tugasan-tugasan untuk subjek 'Strategic Management'. Aarrghhh...ini membuatkan aku sedikit stress! Aku selalu mengeluh apabila memikirkan tugasan yang diberikan. Pada aku ianya tidak logik untuk disiapkan dalam masa yang suntuk ini.

Tetapi ini bukan alasan untuk aku terus mengeluh mengenangkan nasib aku ini. Bagi aku, setiap apa yang akan aku lakukan, aku akan buat yang terbaik. Aku tidak perlu takut dengan apa jua keputusan yang bakal aku terima nanti. Inilah kehidupan..jikalau dilema dan masalah sekecil ini pun aku asyik mengeluh, nescaya aku masih belum bersedia untuk menghadapi realiti sebenar hidup ini. Tetapi aku yakin dengan diri aku ini..aku berpegang teguh dan percaya kepada pepatah Melayu lama yang berbunyi 'berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.' Bagi aku itulah strategi yang perlu kita ada dalam mengharungi arus kehidupan yang semakin hebat ini.

Oleh itu, aku harus tabah dan redha dengan setiap keputusan dan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah. Aku sebagai hambanya perlu berusaha dengan lebih baik agar kehidupan aku di dunia yang sementara ini diberkati oleh-NYA.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, semoga kita semua berjaya dengan keputusan peperiksaan intersesi kali ini. Sama-samalah kita berjuang agar kita mampu untuk menghadapi masa depan kita yang masih kabur dari realiti sebenar ini. Diharap semester baru ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan kita di kemudian hari nanti. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar kita semua berjaya dalam kehidupan ini dan seterusnya mencapai cita-cita masing-masing.

Sekian.


p/s : Kenangan Majlis Makan Malam Bismark 2008





0 comments:

Post a Comment